Wednesday, April 8, 2015

Bila Susah

Itu sendiri boleh faham.

Mengapa masih mahu duduk termenung meratapi nasib?
Mengapa masih mahu menyalahkan takdir yang menimpa kau?

"Aku tak mintak pun lahir kat dunia ni!"
"Kenapa aku tak mati jeh!"
"Kenapa hidup aku tak macam hidup orang lain"
"Kenapa mesti aku"

Hey bodoh, kalau rasa hidup kau tu dah susah sangat, kau perlu tahu bahawa sesusah manapun hidup kau tetap akan ada orang lain yang lagi susah daripada kau.

Kalau satu masa tu kau dalam kesusahan dan puas kau menagih simpati dan bantuan dan diakhiri dengan hanya tangisan dan kesedihan, maka berhentilah sebentar. Sedutlah udara oksigen itu hembus ia agar dapat melegakan kekusutan sekurangnya buat sesaat. 

Jika tiada siapa mahu membantu kau walaupun darah daging kau sendiri, dah tiba masanya kau bangkit berdiri tegak di atas kaki sendiri bongok! Takkan itupun aku nak ajar. Dah besar panjangkan? Dah tuakan? Kau kena usaha sendiri. Cuba selesaikan masalah kau tu sendiri. 

Sendiri cuba buatlah.

Kau percayalah cakap aku, kau punya susah ni sementara jeh. Nanti hilang. Lagi untung, kau tiba-tiba dapat senang. Duit ada sikit banyak, transport ada, minyak full tank. Masa tu ramai pedajal mengaku kawan kau yang tiba-tiba datang entah dari mana kau pun tak tahu. Masa tu kau akan rasa gembira walhal kau lupa pedajal-pedajal nih takda masa kau susah haritu. Ghaib. Macam jin. Jin makan asap. Asap pun dorang nih asyik mintak kau rokok sebatang siap pinjam lighter. Sial punya member

Jadi kesimpulannya, kalau kau sedang bersedih yang amat sangat hanya kerana takda siapa nak tolong kau masa kau tengah darurat susah, jangan risau. Kau ada Allah swt. Yang paling penting kau ada DIRI KAU SENDIRI. 

Allah takkan uji kau melampaui kemampuan kau.
Allah uji kau sebab Dia rindukan kau menangis menghadap Dia.

Jadi, itu sendiri boleh faham.